DISEMBER 2021

Abg Jo Adakan Lawatan Kerja Ke Projek Bangunan Arkib


KUCHING, 7 Disember 2021 - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Openg mengadakan lawtan kerja ke projek Bangunan Arkib Negeri petang ini tadi. 

Bangunan Arkib yang berkeluasan 26, 805 m2 ini mempunyai ketinggian dua tingkat setengah dan ianya akan dibina di tapak seluas 17.6 ekar bersebelahan bangunan Pustaka Negeri Sarawak. 

Bangunan ini juga turut dilengkapi dengan bilik khas untuk bahan-bahan yang memerlukan persekitaran terkawal selain turut digunakan bagi tujuan penyelidikan dan latihan, pusat pendidikan khusus beserta ruang kuliah, makmal eksperimen, auditorium dan ruang penyelidikan. 

Projek ini dijangka siap pada tahun 2024. 

Hadir sama adalah Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak  YBhg. Tan Sri (Dr.) Haji Hamid Bugo.

Sumber dari : Sarawakku